Panasnya Hari Ini

Isu Tatu :KKMM Minta Segera Ekstradisi Alvin

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia memohon kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar untuk segera mengekstradisi blogger kontroversi, Alvin Tan ke Malaysia.

Memetik sumber daripada Therakyatpost, desakan itu dinyatakan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berhubung tindakan blogger berkenaan bertindak menghina agama Islam, dengan memuat naik gambar tatunya yang tertera kalimah Allah di paha kirinya.

Ujarnya lagi, tindakan mengekstradisi itu perlu supaya tindakan undang-undang boleh diambil ke atas blogger itu yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat.

“Kementerian sebelum ini melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menulis surat kepada pihak pengurusan Facebook (FB), agar memadamkan imej berkenaan yang dimuat naik Alvin di FB miliknya.

“Kini, kita pohon kerjasama PDRM dan Kementerian Luar untuk meminta kerajaan Amerika Syarikat ekstradisi Alvin, supaya blogger berkenaan dapat dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya.

“Alvin tahu, selagi dia berada di luar negara, dia akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Sebab itu kita mahu dia segera diekstradisi, agar tindakan sewajarnya dapat dikenakan ke atasnya,” katanya.

Tindakan Alvin didapati memuat naik gambar tatu tertera kalimah Allah di paha kirinya berserta kata-kata menghina agama dan umat Islam di FB miliknya serta mengundang kemarahan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");