Sukan Hari Ini

‘Jangan bagi muka’

London: Jose Mourinho memberi amaran kepada pengurus Arsenal Arsene Wenger dengan berkata Chelsea sudah kembali ke landasan sebenar dan juara bertahan Liga Perdana itu mahu memastikan permusuhan antara mereka tetap berpanjangan apabila kedua-dua pasukan bertemu malam ini.

Anak buah Mourinho kini semakin menghampiri zon penyingkiran selepas aksi tidak menentu sepanjang lima perlawanan awal tetapi pengurus Blues itu yakin keyakinan pemainnya sudah kembali teguh selepas menang 4-0 ke atas Maccabi Tel Aviv dalam kempen Liga Juara-Juara, kelmarin.

Selepas ketinggalan 11 mata kepada pendahulu Manchester City dan enam di belakang Arsenal yang menduduki tangga keempat, kekalahan ketiga minggu ini mungkin menjejaskan peluang untuk Chelsea mempertahankan kejuaraan.

Begitupun, Mourinho menjangkakan Arsenal pasti bermain bermati-matian untuk mencatat kemenangan selepas mereka tumbang di tangan Dinamo Zagreb.

“Kami akan turun dengan perasaan berbeza. Kami bermain dengan tahap pemikiran lain,” kata Mourinho.

“Perlawanan besar menanti kami Sabtu ini. Ia satu persaingan yang tidak akan reda. Keputusan positif akan membolehkan kedua-dua pasukan berada di kedudukan baik.

“Kami sudah menerima beberapa keputusan buruk dan tidak boleh menambah satu lagi.”

Mourinho pantas menafikan perbalahan antara dirinya dengan kapten John Terry, salah seorang pemain yang digugurkan ketika menentang Maccabi.

Tetapi Mourinho lebih menumpukan perhatian untuk mengatasi Wenger terutama selepas pengendali Arsenal itu berjaya menang ke atas anak buahnya pada saingan Perisai Komuniti bulan lalu.

Berdepan Chelsea selepas tewas di peringkat Eropah mungkin tidak begitu disenangi Arsenal tambahan pula mereka gagal meledak sebarang jaringan sepanjang empat pertemuan menentang Blues di peringkat liga.

– hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");