Perak Hari Ini

Jangkitan Wabak Anjing Gila Menular ke Tiga Negeri

LARUT MATANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenalpasti penularan wabak anjing gila di tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mengisytiharkan  terhadap tiga negeri itu sebagai kawasan jangkitan wabak anjing gila berkenaan setelah beberapa kes dilaporkan telah berlaku.

Tambahnya lagi, setakat ini seramai 200 kakitangan veterinar daripada seluruh negara telah dikerah untuk membantu mengawal keadaan di tiga buah negeri terbabit.

“Tindakan sepatutnya juga sedang diambil bersama Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) termasuk membuat tangkapan ke atas anjing-anjing liar dan memusnahkannya.

“Ini cara terbaik untuk mengawal wabak ini daripada merebak ke tempat lain dan orang lain perlu melihat ini sebagai suatu perkara yang penting’, ujarnya lagi selepas ditemui sejurus selepas menziarahi keluarga nelayan yang maut ketika menangkap ikan pada 24 ogos lalu di Teluk Kertang, Larut Matang.

Beliau juga menasihati pemilik anjing agar menyimpan anjing mereka di dalam rumah bagi mengelakkan jangkitan dan jika tidak, langkah menghapuskan anjing terpaksa diambil.

Sebanyak 22 kes gigitan anjing gila dikesan di Perlis bulan lalu manakala lima kes di Kedah dan dua kes di Pulau Pinang dikesan sejak Khamis lalu setakat ini.

Shabery turut menyarankan semua pemilik anjing di seluruh negara mendapatkan suntikan vaksin bagi anjing-anjing mereka di mana-mana pusat veterinar berdekatan bagi membendung wabak ini daripada merebak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");