Berita Hari Ini

Jemaah Malaysia sertai pelan respons darurat

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berjaya melaksanakan eksesais simulasi utama sistem transit massa dikenali sebagai Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro.

Eksesais itu menguji sejauh mana kesediaan sistem itu dari segi operasi, prosedur dan sumber tenaga, sekiranya berlaku kerosakan kereta api.

Prasarana dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini semalam berkata, eksesais itu yang dijalankan dengan sokongan 300 jemaah haji Malaysia merupakan sebahagian dari eksesais sebenar Pelan Respons Darurat (ERP) bersepadu atau biasanya dikenali sebagai kes ujian, diadakan Sabtu lepas.

Jemaah Malaysia bertindak sebagai ‘penumpang yang menghadapi kekalutan’ oleh kerana mereka perlu diselamatkan selepas kereta api dari stesen Arafat 3 mengalami kerosakan mekanikal ketika menuju stesen Mudzalifah 1, katanya.
?
Kenyataan itu menerangkan dalam simulasi yang dilakukan antara dua stesen itu, ERP disokong oleh Pertahanan Awam Saudi, Bulan Sabit Merah, Keselamatan Am Saudi, pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan dan pelbagai organisasi selaku
pemerhati bebas termasuk TUV Rhineland Middle East, DB International dan Dar Group.

Pengarah Urusan Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro, Bukhari Mohamad berkata: “Kami mengendalikan eksesais simulasi itu di bawah Pergerakan C, yang melibatkan jemaah haji dari stesen Arafat ke Mudzalifah pada 9hb Zulhijjah.” – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");