Sukan Hari Ini

Jerebu: FAM tidak bertanggungjawab

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak bertanggungjawab apabila tetap meneruskan saingan Piala Malaysia walaupun keadaan cuaca berada di tahap yang tidak sihat.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Institut Sukan Negara (ISN) bertarikh 11 September lalu, sebarang aktiviti sukan di luar tidak digalakkan dijalankan kerana boleh mengakibatkan masalah kesihatan pada sistem pernafasan.

“Kita telah sarankan bahawa untuk apa-apa aktiviti di luar sekiranya mencecah paras yang ditetapkan ISN iaitu Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi 101 hingga 200 adalah diklasifikasikan sebagai tidak sihat.

“Jadi kita sarankan semua aktiviti atlet termasuklah saingan Piala Malaysia dibatalkan atau ditangguhkan dulu,” katanya.

Khairy Jamaludin juga mahu FAM mengambil langkah proaktif sekiranya bacaan IPU membabitkan venue Piala Malaysia berada di tahap kurang sihat hendaklah ditunda.

“Sekiranya bacaan IPU itu di tahap berbahaya mereka perlu tunda perlawanan yang telah dijadualkan.

“Keselamatan pemain dan penonton lebih penting daripada kita menepati jadual, tetapi jika menepati jadual hingga membawa risiko kepada pemain dan peserta dan sebagainya saya rasa ini adalah satu perkara tidak bertanggungjawab.

“Saya harap semua pertandingan dan aktiviti dapat mengambil kira saranan ISN yang dibuat pakar kita dan apabila bacaan IPU itu sudah mencapai tahap bahaya mereka dapat menangguhkan program,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, semalam memutuskan meneruskan ketetapan bahawa aksi Piala Malaysia akan ditunda ke tarikh lain jika IPU di venue melebihi 150 pada hari perlawanan.

“Selepas ambil kira faktor jerebu yang tidak boleh diramal dan dijangka serta bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar adalah berdasarkan bacaan purata di sesuatu kawasan tertentu dan bukannya menjurus spesifik di venue perlawanan, dengan kuasa diperuntukkan, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM membuat keputusan memberi kuasa kepada komisioner perlawanan membatalkan dan menunda perlawanan jika didapati keadaan semasa di venue itu memudaratkan.

“Aksi Selangor Felda United di Stadium Shah Alam Sabtu lalu, tetap diteruskan kerana bacaan IPU di Shah Alam ialah 111 pada jam 6 petang, 119 (7 malam) dan 128 (8 malam), sekali gus masih belum melebihi 150 untuk membolehkan ia ditunda,” katanya dalam satu kenyataan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");