Perak Hari Ini

Jerebu: IPU Bertambah Baik

IPOH: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Daerah Tanjung Malim  mencatatkan bacaan udara yang baik iaitu pada tahap 33 manakala beberapa kawasan sekitar Perak telah mencatatkan bacaan indeks sederhana setakat pukul 12 tengah hari ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), www.apims.doe.gov.my, kebanyakkan kawasan mencatatkan bacaan indeks udara sederhana antaranya seperti di Jalan Tasek, Ipoh mencatatkan bacaan 67.

Manakala bagi Kampung Air Putih Taiping, mencatatkan bacaan 56 dan SK Jalan Pegoh, Ipoh pula berada pada bacaan IPU 68.

Bagi Daerah,Seri Manjung pula bacaan indeks udara juga berada di tahap sederahana iaitu pada tahap bacaan 74.

Bagi kualiti udara dengan bacaan IPU bagi 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat dan 301 ke atas (bahaya).

Orang ramai juga digalakkan untuk tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar.

Perkembangan IPU di setiap daerah terpilih negeri ini telah menunjukkan perkembangan yang baik berbanding catatan kualiti udara tidak sihat pada 14 September lalu.

Terdahulu, keadaan jerebu yang teruk yang dialami Malaysia pada ketika ini adalah berpunca daripada jerebu yang merebak dari Sumatera, Indonesia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");