Perak Hari Ini

Jerebu: Kualiti Udara Semakin Baik

IPOH: Setakat jam 10 pagi ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakkan kawasan di Perak mencatatkan bacaan kadar kualiti udara yang baik.

Menerusi laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) lokasi seperti Jalan Tasek Ipoh, mencatatkan bacaan IPU baik iaitu pada bacaan 40.

Manakala bagi kawasan kampung Air Putih Taiping mencatatkan bacaan 38 begitu juga dengan Jalan Pegoh, Ipoh turut mencatatkan bacaan yang sama.

Sementara itu, bagi kawasan Seri Manjung, juga mencatatkan kadar kualiti udara juga pada tahap yang baik iaitu pada bacaan 30.

Hanya kawasan Tanjung Malim mencatatkan bacaan sederhana iaitu pada tahap 64 sekitar jam 10 pagi tadi.

Terdahulu,berikutan keadaan jerebu yang truk semalam, sebanyak 17 buah sekolah ditutup sehari semalam bagi sebagai langkah berjaga-jaga.

Laporan laman web JAS hari ini juga menunjukkan lapan kawasan di negara ini telah mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat semalam mengalami penurunan bacaan IPU kepada sederhana pada hari ini.

Empat kawasan tersebut ialah negeri Johor, Melaka,Pahang dan Sarawak.

Bacaan IPU 0-50 merujuk kepada kadar kualiti udara yang baik, 51 ke 100, sederhana, 101 ke 200, tidak sihat, 201 ke 300, amat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");