Sukan Hari Ini

Juve kena kalahkan Sevilla

PENJAGA gawang Juventus, Gianluigi Buffon menegaskan mereka perlu menumpaskan Sevilla dalam aksi Kumpulan D, Liga Juara-Juara, esok, bagi meningkatkan moral pasukan.

Dalam dua perlawanan terakhir, juara empat kali berturut-turut Serie A itu cuma mampu mengikat kelab baharu dinaikkan, Frosinone Calcio 1-1 dan tewas 1-2 kepada Napoli.

“Liga Juara-Juara itu nanti akan memberi peluang buat kami untuk meningkatkan keyakinan diri bagi mencari semula rentak pasukan.

“Kami mesti menentang Sevilla dengan ganas dan bersemangat tinggi untuk meraih kemenangan,” kata Buffon.

Dalam aksi pertama sebelum ini, Juve menumpaskan Manchester City 2-1 di Stadium Etihad.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");