Panasnya Hari Ini

Karnival Alami PROTON 2015 Tawar Pelbagai Promosi Hebat

KUALA LUMPUR: Karnival Alami PROTON bakal berlangsung di Shah Alam pada 3 hingga 4 Oktober depan bakal menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan pembelian alat gantian tulen pada harga diskaun sehingga 70 peratus.

Karnival dua hari itu adalah untuk membantu pemilik kereta PROTON dan syarikat kenderaan mengenai kepentingan menggunakan alat ganti tulen dalam memastikan bahawa kereta itu diselenggarakan dengan baik.

Pada Karnival ini, PROTON Holdings Berhad bakal menyediakan rebat bagi alat ganti model PROTON terpilih seperti Waja, Persona, Wira dan Saga, serta bahagian-bahagian lain terpilih sehingga 70 peratus daripada harga asal.

Turut ditawarkan beberapa alat ganti yang boleh dibeli dengan harga serendah RM1.00.

Promosi jualan secara besar-besaran bagi alat ganti PROTON yang tulen diharapkan boleh membantu mengelakkan pemilik menggunakan alat ganti palsu yang murah dan tidak selamat.

Selain tawaran yang hebat dan pakej menarik itu, pelawat yang berkunjung ke Alami PROTON Karnival 2015 ini juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis kereta dari PROTON anjuran kelab kereta PROTON.

Pelawat yang datang ke Karnival juga akan mendapat taklimat langsung mengenai keselamatan dengan pekerja terlatih PROTON untuk menerangkan mengenai teknologi keselamatan PROTON.

Turut berlangsung lawatan kilang, lawatan ke PROTON bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) yang akan memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri konsep kenderaan, proses pembuatan kereta, penjanaan idea, perisian lakaran sehingga ia dihasilkan.

Akan berlangsung seperti ujian memandu, jualan kereta Proton serta cabutan bertuah dan pelbagai permainan menarik.

Pengunjung juga bakal menikmati kesemuanya sempena promosi Ulang Tahun PROTON ke-30, dan berpeluang memilih sehingga kadar faedah serendah 1.99 peratus setahun bagi kenderaan Iriz manakala tawaran 100 peratus skim pembiayaan untuk kakitangan kerajaan

Tawaran yang luar biasa juga disediakan khusus untuk graduan dan Mahasiswa dan kadar faedah yang rendah untuk kereta Proton yang lain serta banyak lagi.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak ketinggalan mengunjungi Alami PROTON Carnival 2015 dan untuk maklumat lanjut, sila layari www.proton.com atau lihat halaman PROTON facebook, www.facebook.com/ProtonCars .

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");