Panasnya Hari Ini

Kebangkitan Untuk Pertahan Maruah Melayu – Ali Rustam

KUALA LUMPUR:Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam menyifatkan himpunan ‘Baju Merah’ semalam merupakan kebangkitan perpaduan orang Melayu bagi mempertahankan maruah bangsa itu daripada terus dihina gara-gara terlalu taksub dengan perjuangan politik bersifat perkauman semata-mata.

Tegasnya lagi, himpunan itu juga menjadi landasan bagi melaungkan suara orang Melayu yang sudah bosan terhadap sikap biadab segelintir rakyat yang berkiblatkan DAP.

“Mereka semakin berani menghina pemimpin Melayu, kalau tidak suka sekalipun tidak perlu sampai pijak gambar.

“Mereka bukan sahaja berani hina dan memijak gambar Perdana Menteri malah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan Pre­siden dan juga Timbalan Presiden Majlis Ulama Dunia.

“Ini bukan kali pertama, sebaliknya telah diulang dua kali, tiga kali malah sudah empat kali. Kita tidak boleh terima lagi, sebab itu kita berhimpun hari ini untuk memberi amaran keras supaya mereka menghentikannya,” katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, memetik sumber Utusan Malaysia.

Tegasnya, himpunan itu menjadi wadah untuk orang Melayu menggesa tindakan dan sikap biadab peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 menghina pemimpin Melayu suapaya ianya dihentikan serta merta.

“Kita tidak akan menggunakan tangan kerana kita menghormati sistem demokrasi ini, tetapi hari ini kita gunakan `lidah’ untuk melawan musuh kita yang semakin biadab.

“Oleh itu kami mengutuk sekeras-kerasnya himpunan haram Bersih kerana kita tidak sanggup lagi membiarkan mereka terus tidak menghormati Rukun Negara seperti kesetiaan kepada Raja dan negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan paling jelas kesopanan dan kesusilaan,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");