Membawang Hari Ini

Keith Foo-Kim Raymond sudah kahwin tahun lalu

KUALA LUMPUR: Seperti yang dirancang oleh pelakon Keith Foo, dia sebenarnya mahu mengahwini cinta hatinya, Kim Raymond pada tahun lalu lagi.

Hal itu sebenarnya sudah menjadi kenyataan namun tidak didedahkan secara meluas oleh empunya diri. Kalau mahu diimbas sejak tahun lalu lagi, timbul kontroversi mengenai Keith yang menafikan dia dan Kim sudah bertunang pada 24 Jun 2014.

Kurang pasti kenapa pelakon yang melonjak dengan drama Ariana Rose itu berbuat demikian hinggalah kepada kisah perkahwinannya. Barangkali Keith ada alasannya tersendiri.

Menerusi majalah fesyen dan gaya hidup, EH! yang menampilkan Keith dan Cristina Suzanne sebagai penghias muka depan, cerita perkahwinan itu didedahkan sendiri oleh Kim.

Kim mengakui yang dia dan Keith sudah berkahwin tahun lalu. Bagaimanapun, usaha mendapatkan kenyataan Keith yang dihalakan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp belum berjawab.

“Ya, kami sudah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan sahaja, semuanya dilakukan tahun lalu,” katanya kepada majalah berkenaan.

Kim dan Keith dijangka diraikan pada penghujung tahun ini di kampung halaman pelakon kacak berkenaan di Gemas, Negeri Sembilan.

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");