Panasnya Hari Ini

Keluarga Minta Doktor Rawat Anwar Ditukar

KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan tuntutan supaya Ketua Penal bagi merawat Bekas ketua Pembangkang itu iaitu Datuk Dr S Jeyaindran digugurkan tugas berkenaan.

Memetik sumber daripada Malaysiakini, menerusi kenyataan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Latheefa Koya berkata keluarganya turut meminta agar pakar bedah ortopedik yang dipilih oleh mereka diberikan ruang untuk merawat Anwar.

Keluarga Anwar juga turut mengecam tindakan kerajaan yang didakwa  sengaja melengah-lengahkan proses rawatan tersebut.

“Oleh itu, kami bagi pihak keluarga Anwar, menuntut Dr Jeyaindran digugurkan sebagai ketua panel pakar perubatan Anwar dan sebagai pakar perubatan beliau.

“Dan, Anwar dimasukkan ke wad dengan segera dan dibenarkan berunding dengan pakar bedah ortopedik pilihannya serta pembedahan dijalankan segera,” kata mereka.

Terdahulu, ketua umum PKR dikatakan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pagi ini selepas mengadu sakit dan turut menjalani rawatan susulan.

Menurut peguam Anwar lagi, kenyataan yang dinyatakan oleh ketua pengarah Kementerian Kesihatan sebelum ini bahawa terdapat pakar yang memberi rawatan kepada Anwar  adalah tidak benar.

“Ketua pengarah mendakwa mereka sekarang benarkan seorang konsultan ortopedik pilihan keluarga Anwar untuk memberi pandangan kedua.

“Bagaimanapun, permohonan ini sudah lama dibuat dan tidak pernah dipenuhi setakat ini. Kenapa ia dilengah-lengahkan?” soal mereka,” katanya.

Sementara itu, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ini mendakwa pemeriksaan perubatan terhadap Anwar tidak menemukan bukti beliau mengalami sebarang keadaan kesihatan akut.

Malah jelas pihak hospital, Anwar dibenarkan keluar setelah menjalani semua pemeriksaan perubatan yang dijadualkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");