Jenayah

Kereta rempuh pagar rumah

BACHOK: Enam remaja terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan, terlibat dalam kemalangan di Kampung Pintu Gerbang, Tawang pada awal pagi Hari Kebangsaan, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 3.21 pagi.

“Operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba II, Ruslan Ismail bersama tujuh anggota, tiba di lokasi dan mendapati sebuah Perodua Myvi terbabas melanggar pagar kediaman penduduk.

“Di dalam kereta terdapat tiga lelaki dan tiga perempuan. Seorang mangsa lelaki tersepit di tempat duduk belakang mengalami cedera parah, manakala lima yang lain hanya cedera ringan,” katanya kepada media, kelmarin.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");