Jenayah

Ketua kampung nyaris maut

TEMERLOH: Ketua Kampung Baru Temerloh terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan dan menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan selepas Toyota Hilux dipandunya merempuh seorang penunggang motosikal dan tiga kereta di stesen minyak BHP, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, dalam kejadian jam 10.21 malam di persimpangan lampu isyarat Jalan Bahagia di sini, kenderaan pacuan empat roda dipandu Tan Say Cheong, 40, yang juga peniaga barangan perkakasan dari arah bandar Mentakab menghala ke Temerloh melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh sebuah motosikal yang cuba melintas dari Jalan Bahagia ke Jalan Aman.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, penunggang motosikal, Mohamad Kamarul Ikmal Mohamad Kamarulzaman, 15, beralamat di Taman Tualang Indah, Mentakab tercampak bersama motosikal manakala Toyota Hilux yang merempuh mangsa terbabas ke kiri jalan lalu merempuh tiga kenderaan lain di stesen minyak terbabit.

“Seorang penumpang Perodua Kelisa, Norjannatunnain Idris, 27, cedera akibat rempuhan itu manakala pemandu Proton Saga, Mohd Hazrul Azam Abdul Hamid, 29, dan pemandu Perodua Kenari, Noraini Ladin, 43, tidak cedera.

“Pemandu Toyota Hilux telah diambil ujian alkohol manakala penunggang motosikal dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

“Siasatan mendapati penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu tetapi memakai topi keledar,” katanya.

Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");