Panasnya Hari Ini

Khabar Angin Muhyiddin, Shafie Dipecat Tidak Benar

KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dipecat adalah tidak benar.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan hari ini, kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu ternyata dialu-alukan dan turut dipuji kerana kesetian mereka kepada parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat tersebut turut mengulas beberapa isu semasa yang berkaitan UMNO dan kerajaan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Najib meminta tempoh selama enam bulan untuk memberi penjelasan dan menyelesaikan isu yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib turut mengulas berkaitan dana politik yang dimainkan oleh beberapa pihak dimana tidak ada undang-undang yang digunapakai bagi mana-mana ahli politik.

“Semua parti politik mengamalkan sumbangan dan kutipan dana, termasuklah BERSIH 4,”katanya.

Menurut sumber itu lagi, Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia turut mencadangkan agar diwujudkan kaedah perundangan bagi sumbangan dana politik seperti yang pernah dicadangkan empat tahun lalu.

Bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh pihak pembangkang.

Najib berkata, UMNO dan kerajaan perlu memberi fokus dengan tugas masing-masing untuk rakyat dan sentiasa membela nasib rakyat.

Dalam mesyuarat itu juga, Najib menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat sama sekali dalam menaja mana-mana perhimpunan rakyat.

Katanya lagi, UMNO tidak menghalang mana-mana pemimpinnya terlibat selagi perhimpunan tersebut patuh pada undang-undang negara dan arahan pihak polis.

Najib, dalam mesyuaratnya juga turut mengumumkan bahawa Perhimpunan Agong UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember hadapan.

Sejurus selepas Mesyuarat MT UMNO sebentar tadi juga jelas membuktikan bahawa tiada pemimpin UMNO yang dipecat seperti dakwaan khabar angin yang tersebar kini.

Pada sidang media khas itu juga, Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Tun Abdul Razak turut beritahu bahawa kedua-dua pemimpin UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut menyatakan kesetiaan pada parti,terus komited bagi membantu parti untuk menang.

Mengulas pula mengenai spekulasi mengenai pemilihan parti, Najib berkata keputusan penanguhannya seperti yang telah diumumkannya.

Malah katanya lagi Majlis Tertinggi UMNO masih tetap dengan pendirian tiada pemilihan parti akan diadakan tahun ini.

Mengenai dakwaan yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan bahawa tindakan merasuah Ketua-ketua Bahagian UMNO, beliau menegaskan bahawa akan menyerahkannya kepada pihak Polis untuk disiasat berdasarkan laporan yang dibuat.

foto- agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");