Panasnya Hari Ini

Khairuddin Cuba Sabotaj Negara-KPN

KUALA LUMPUR: Polis menyatakan tindakan yang diambil bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tindakan untuk mensabotaj negara.

Memetik sumber daripada Bernama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah itu seolah-olah bertujuan untuk? mencabar sistem perundangan yang terdapat di Malaysia.

“(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.

“Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.

“Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu,” katanya.

Khalid mengulas demikian semasa menjawab dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada Ahad, yang dikatakan kononnya PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengelak pembongkaran berhubung kes 1MDB.

Khairuddin dikatakan telah membuat laporan polis mengenai isu 1MDB, seharusnya bertindak memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan.

“Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia,” katanya.

Khairuddin kini ditahan reman enam hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");