Panasnya Hari Ini

Khairuddin Desak KPN Jelaskan Siasatan Terkini Skandal 1MDB

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar didesak supaya menjelaskan status siasatan laporan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Aziz dan Jho Low.

Menerusi catatannya di laman Facebook milik beliau, Khairuddin mempertikaikan kenyataan oleh Ketua Polis Negara untuk memanggil Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kehadirannya di perhimpunan Bersih baru-baru ini sedangkan inidividu lain sehingga kini tidak pula dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kenapa PDRM pilih kasih dan praktik ‘double standard’ dalam siasatan mereka?.

“Keseluruhan rakyat Malaysia sedang memerhati dan negara-negara luar juga sedang melihat pihak penguatkuasa kita yang amat tidak berkredibiliti, tidak telus, tidak adil, tidak professional serta tidak amanah.

“Malahan, kuasa eksekutif kita sudah nampak salahguna kuasa di dalam menangani kes skandal 1MDB,” catatnya.

Tambahnya lagi, perkara yang perlu diberi keutamaan untuk supaya disiasat oleh pihak Polis masih belum disiasat.

“Akhirnya PDRM hanya dapat malu, Lihat saja reka-cerita mereka mengenai justo yang akhirnya dinafikan oleh polis thailand kononnya terlibat dengan memalsukan dokumen-dokumen petrosaudi,” tulis Khairuddin lagi.

Ujarnya lagi, pembohongan terhadap Clare Brown (editor Sarawak Report) juga telah dimalukan oleh INTERPOL yang menyatakan mereka tidak mempunyai asas untuk menahan Clare Brown dan menolak fahaman politik sempit Malaysia.

“Macam-macam reka-cerita dibuat untuk melakukan ‘character assasination’ terhadap para pengkritik mereka. Namun kita semua jangan risau kerana rakyat tidak bodoh semacam mereka semua.

“Saya mempunyai hak untuk mengetahui kedudukan atau status laporan polis keatas Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Riza Aziz serta Jho Low,” ulasnya lagi.

Beliau sekali lagi mendesak supaya Ketua Polis Negara memberi pencerahan dan tidak menyimpang daripada perkara asas berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jangan terlalu kalut dengan isu-isu lain.Laporan polis saya dah lama buat tapi habuk pun tak ada, inilah imej PDRM masakini yang sedang ditertawakan oleh seluruh dunia,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");