Sukan Hari Ini

KLHC, THT berentap di pentas final

JUARA Liga Hoki Malaysia (LHM) 2015, Pasukan Hoki Terengganu (THT) akan menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada perlawanan akhir Piala TNB, malam esok.

Perlawanan akhir itu akan menyaksikan ulangan edisi tahun lalu di mana THT muncul juara kali pertama selepas menundukkan KLHC.

Di separuh akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, KLHC terlebih dahulu menempah tiket ke final selepas menewaskan Sapura 2-1 untuk kemenangan dengan agregat 8-1 manakala THT bangkit memadamkan defisit 3-5 dengan kenduri gol 7-2 ke atas Maybank, untuk mara dengan agregat 10-7.

Kejayaan KLHC melangkah ke final itu adalah yang ke-15 buat pasukan yang dibimbing Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, dengan mereka menang lima dan tewas sembilan kali.

Sebelum ini, kelab hoki berkenaan dikenali sebagai Kelab Hoki Arthur Andersen dan Kelab Hoki Ernst & Young.

“(Untuk kali ini) ia sesuatu yang sukar untuk diramalkan. Apa yang penting ialah prestasi pemain,” kata Muhammad Dhaarma Raj.

Bagaimanapun, Sapura terlebih dahulu membuka jaringan selepas Mohammad Imran menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit kesembilan sebelum KLHC bangkit menerusi Muhammad Razie Abd Rahim (m-29) dan Ali Shan (m-52).

Sementara itu, THT menunjukkan kesungguhan bangkit memadamkan defisit awal dengan menghasilkan tiga gol pada suku pertama melalui Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil pada minit kedua dan kelapan sebelum Jose Leandro Tolini menjadikan 3-0 seminit selepas itu bagi menjadikan agregat 6-5.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");