Panasnya Hari Ini

Kren Runtuh Di Mekah: Sekurang-Kurangnya 107 Maut, 238 Cedera

MEKAH: Dipercayai sekurang-kurangya 107 orang disahkan maut dalam kejadian kren runtuh di Masjidilharam, petang semalam waktu tempatan (kira-kira 10 malam waktu Malaysia)

Menurut laporan daripada Astro Awani, turut seramai 238 orang jemaah pula telah mengalami kecederaan.

Agensi berita Arab Saudi melaporkan bahawa kren yang terletak di kawasan Masjidil Haram itu jatuh selepas dilanda ribut pasir dan disusuli dengan hujan lebat, petang semalam.

IMG-20150912-WA0003

Dalam pada itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, seorang jemaah haji lelaki dilaporkan patah kaki dan lima yang lain cedera ringan dalam kejadian tersebut.

Jemaah lelaki trsebut kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya,” katanya.

Tambah Syed Saleh lagi, pihak Tabung Haji akan melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik untuk membuat pengesahan berkenaan jumlah jemaah haji dari negara ini yang terlibat dalam kejadian tersebut.

IMG-20150912-WA0000

Jelasnya lagi, keluarga dan waris jemaah haji di tanah air telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka akan membuat satu sidang media khas berkaitan tragedi tersebut pada pagi ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");