Panasnya Hari Ini

Ku Li keliru Isu ‘ancaman terhadap Melayu’

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyuarakan kekeliruannya berhubung tindakan penganjur perhimpunan baju merah yang dikatakan bertindak adalah bagi menangani isu ‘ancaman terhadap Melayu’.

Memetik sumber daripada Mstar, beliau berkata demikian pada persidangan Perpaduan Melayu di Institut Integriti Malaysia di Gua Musang hari ini.

Ujarnya lagi, beliau tidak mengetahui daripada mana kewujudan acaman tersebut.

“Mereka katakan adanya ancaman tetapi ancaman apa saya tidak tahu,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan Pusat dan semua negeri kecuali sebuah negeri kini diterajui kepimpinan Melayu termasuk penjawat awam, polis dan juga tentera.

“Raja-Raja juga adalah Melayu, jadi saya tidak tahu dari mana yang dikatakan adanya ancaman itu,” katanya.

Razaleigh turut berharap perhimpunan baju merah itu diadakan untuk mempamerkan perpaduan nasional yang penting untuk negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");