Jenayah

Lelaki maut kereta junam sungai

Jitra: Lelaki 23 tahun ditemui lemas selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam Sungai Kubang Sepat, di Sungai Korok, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa bersama seorang penumpang wanita berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Jitra ke Air Hitam.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu mangsa terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai.

Difahamkan, Mayat pemandu, Mohammad Izzat Harun, 23, yang terbabas di dalam sungai berkenaan pada 10.30 pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, wanita terbabit terselamat dan dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, sepasukan anggota dari Unit Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani berusaha mencari dan mengesan mangsa yang hilang ketika itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");