Panasnya Hari Ini

Lim Guan Eng Cabar PAS Di DUN Air Putih

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar PAS untuk bertanding di kerusi yang diwakilinya, iaitu Air Putih di Pulau Pinang.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Katanya lagi, DAP sama sekali tidak terkejut dengan kenyataan tersebut kerana ia dilihat selaras dengan dasar baru parti Islam tersebut terhadap DAP.

“Kenyataan Hadi sudah dijangka. Tetapi ini adalah demokrasi di mana semua pihak mempunyai hak untuk bertanding.

“Jika PAS yakin, DAP akan menerima cabaran itu dengan rendah diri, kerana kita menjangka untuk meraih undi berdasarkan prestasi kami, urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih,”katanya, memetik laporan Malaysia Kini.

Lim, bagaimanapun, tidak pasti sama ada PAS benar-benar mahu bertanding dan memenangi kerusi yang ditandinginya atau sekadar mahu menjadi ‘pengacau’ supaya UMNO boleh menang dalam PRU akan datang.

“Kami akan serahkan kepada rakyat menjadi hakim. Jika PAS benar-benar mahu bertanding di kerusi kami, saya mengalu-alukan mereka ke DUN saya di Air Putih.

“Kita akan menghadapi mereka dengan rendah diri. Kami tidak akan ambil mudah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");