Panasnya Hari Ini

Malindo Tawar Penerbangan ke Amritsar, India

KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Hibrid, Malindo Air telah menawarkan penerbangan terbaharu dari Kuala Lumpur ke Bandar Amritsar, India bermula pada hari ini.

Ini menjadikan ianya sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tunggal yang menawarkan penerbangan terus antara Kuala Lumpur ke Bandar Amritsar, India.

“Penerbangan yang mengambil masa lima jam 20 minit tersebut akan dilakukan tiga kali seminggu dengan jarak laluan sejauh 4,268 kilometer yang menjadikan ia jarak terjauh yang pernah ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

“Bayaran tambang untuk perjalanan sehala bagi Kelas Perniagaan bermula dari RM1,309 sehala manakala tambang Kelas Ekonomi bermula dari RM759 sehala semua termasuk minuman ringan serta makanan, hiburan dalam penerbangan dan peruntukan bagasi percuma,” kata syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan media.

Penerbangan tersebut akan berlepas dari KLIA 2 pada jam 9.15 pagi setiap hari dan dijangkakan akan tiba di Lapangan Terbang Sri Guru Ram Dass Jee (ATQ) kira-kira jam 12.25 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata rakyat Malaysia dan pelawat dari negara jiran iaitu Singapura yang melakukan transit di sini dapat memperolehi satu penerbangan yang lancar ke Amritsar melalui Kuala Lumpur sama ada untuk perniagaan dan juga percutian.

“Kami amat berbangga kerana dapat memperluaskan sayap kami jauh ke utara India ke Amritsar, ibu negeri Punjab. Ini sangat bermakna kepada syarikat penerbangan kami kerana dapat melakukan satu perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur dengan menggunakan pesawat kita pesawat Boeing 737-900ER,” katanya.

Selain itu, pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada penambahbaikan laluan lebih jauh dan memperkenalkan perkhidmatan tambah nilai serta promosi bagi mengukuhkan konsep hibrid di Malaysia dan rantau ini.

Tempahan boleh dibuat secara online di malindoair.com atau untuk peranti telefon pintar di mobile.malindoair.com atau melalui Malindo Air App yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Selain itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari malindoair.com atau menghubungi Pusat Panggilan di talian 03 7841 5388 bermula pada 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Orang ramai juga boleh melawati laman media sosial Malindo dengan mengikuti laman Facebook di facebook.com/MalindoAirMalaysia, Twitter (twitter.com/Malindo_Air) dan Instagram (instagram.com/malindoair).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");