Berita Hari Ini

MATRADE Jalankan 137 Mesyuarat Perniagaan Pada IGEM 2015

KUALA LUMPUR: Sejumlah 137 mesyuarat perniagaan diadakan antara pembeli asing dan syarikat Malaysia, dengan potensi jualan bernilai RM65.45 juta, direkodkan pada misi belian baru-baru ini.

Misi itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, sempena Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa 2015, keenam baru-baru ini.

MATRADE, dalam satu kenyataan hari ini, berkata misi belian yang berlangsung pada 9 Sept itu menarik 17 pembeli Korea Selatan, Myanmar, Filipina, Jepun, China dan Mauritius.

“Misi belian itu merupakan program padanan perniagaan yang membabitkan pertemuan bersemuka antara pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan alam sekitar dan teknologi hijau Malaysia bersama syarikat asing,” katanya.

Produk utama yang menarik minat pembeli asing pada pertemuan perniagaan itu barangan elektrik isi rumah, produk fotovoltan, produk industri berasaskan minyak sawit dan serpihan kayu, kata MATRADE.

“MATRADE dan industri akan terus bekerja bersama-sama bagi mengukuhkan produk alam sekitar utama negara dalam acara membabitkan industri hijau di seluruh dunia.

Acara berikut yang bakal disertai ialah Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa yang dijadualkan pada 5 hingga 8 Okt, 2016.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");