Jenayah

Maut langgar besi penghadang jalan

Georgetown: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan di susur keluar Jambatan Pulau Pinang di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa Abdul Fattah Sudin, 20, berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah dipercayai datang dari arah Jambatan Pulau Pinang menghala ke Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan awal, ketika mangsa melalui selekoh jalan susur berkenaan motosikalnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati motosikal mangsa dipercayai merempuh besi penghadang jalan menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang yang terletak di jalan yang bertentangan.

Berikutan itu, mangsa cedera di bahagian kepala.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian yang sebenar.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");