Sukan Hari Ini

MGTF Pahang juara kejohanan taekwondo

PERSATUAN Taekwondo, MGTF Pahang muncul juara keseluruhan Kejohanan Taekwondo Jemputan Kebangsaan & Intercontinental yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), baru-baru ini.

MGTF Pahang berjaya memungut 37 emas, 38 perak dan 57 gangsa sementara tempat kedua dimenangani oleh MGTF Perak dengan meraih 23 pingat emas, 17 perak dan 21 gangsa.

Menurut Pengarah kejohanan yang juga Presiden MGTF Selangor, Eizam Arbak, acara dua hari ini menjadi asas kejayaan dengan lebih daripada 200 buah sekolah dan 100 kelab dan persatuan sukan daerah, negeri serta masyarakat seni mempertahankan diri antarabangsa dari Australia , Indonesia dan Thailand mengambil bahagian.

“Kejohanan ini memberi peluang dan pendedahan kepada kumpulan umur dari 7 tahun hingga 17 tahun dan dewasa (18 tahun ke atas) untuk mempamerkan bakat mereka dan kemahiran seni mempertahankan diri.

“Walaupun kejohanan umumnya tentang menyokong kerja berpasukan, kesukanan dan disiplin, kejohanan ini adalah unik dan sebagai penganjur telah melakukan yang terbaik untuk menggalakkan perpaduan dalam taekwondo melalui perwakilan daripada atlet taekwondo tanpa mengira fahaman dan latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih daripada 150 kategori dipertandingan dengan menawarkan 650 pingat untuk direbut oleh para peserta.

Kejohanan dianjurkan oleh Selangor Taekwon-Do Association (MGTF Selangor) dengan kerjasama Global Malaysia Taekwon-Do Federation (MGTF), Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");