Sukan Hari Ini

Mourinho mulai bimbang

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho, mengaku bimbang sekiranya pemain The Blues kehilangan rentak untuk menjadi juara musim ini.

Selepas ditewaskan Crystal Palace 1-2, Mourinho menjelaskan pemainnya tidak menunjukkan aksi baik seperti musim lalu yang menyaksikan mereka merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris.

“Ketika saya menang, saya mahu menang lagi. Jika anda sudah menang sekali dan pada hari ini anda tidak mahu menang, ia sungguh menyedihkan,” katanya Mourinho.

Menjawab persoalan adakah dia mampu untuk mengekalkan motivasi pemainnya, Mourinho melalui kenyataan di laman rasmi Chelsea menjelaskan; “Jika itu terjadi, saya amat sedih”.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");