Jenayah

Murid tak sempat duduki UPSR

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak lelaki yang juga calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak sempat menduduki peperiksaan tersebut selepas dia dijumpai lemas dalam kejadian petang kelmarin.

Mangsa, Muhammad Jadid Sulmandi, 12, ditemui terdampar tidak bernyawa di tepi Pantai Che Minah Tanjung Balau, Bandar Penawar, oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa adalah murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Majidi Baru dan tinggal Jalan Bunga Cempaka, Majidee Baru.

Menurutnya, anggota pusat kawalan daerah Kota Tinggi menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia ternampak seorang kanak-kanak lelaki lemas di pantai tersebut pada jam 4.15 petang.

“Ekoran itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis Bandar Penawar dan Pasukan Polis Marin telah ke lokasi.

“Mangsa ditemui di tepi pantai tersebut pada hari sama jam 6.10 petang dan pengecaman telah dibuat bapa mangsa. Mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");