Isu Panas

Nafi khabar angin pecat Muhyiddin, Shafie Apdal

Batu Pahat: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan khabar angin mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi yang berlangsung Rabu depan akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keahlian Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Hishammuddin berkata, khabar angin berkenaan bukan saja tidak berasas malah beliau sebagai Naib Presiden masih belum mengetahui agenda yang akan dibincangkan.

“Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat itu nanti.

“Malah mesyuarat Majlis Tertinggi juga sebenarnya adalah tertutup dan apa saja agenda yang dibincangkan juga tidak perlu dibincangkan umum, jadi saya nasihatkan tidak perlulah sebar khabar angin yang bukan-bukan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, tadi.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");