Isu Panas

Najib pengerusikan mesyuarat MT UMNO

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di Menara Dato Onn di sini.

Mesyuarat bermula kira-kira 3.20 petang itu yang pertama diadakan sejak rombakan Kabinet pada 28 Julai.

Mesyuarat MT pada Julai ditangguhkan susulan rombakan Kabinet itu dan sekali lagi ditangguhkan bulan lepas bagi memberi ruang kepada UMNO Bahagian untuk menyempurnakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Hadir pada mesyuarat hari ini ialah Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mereka disertai ketua sayap Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta anggota MT lain.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");