Panasnya Hari Ini

Nasib Muhyiddin, Shafie Ditentukan Dalam Mesyuarat MT UMNO Hari Ini?

KUALA LUMPUR :Seperti khabar angin yang tersebar mengenai nasib dua pemimpin tertinggi Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal didakwa bakal ditentukan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang ini.

Mesyuarat yang berlangsung hari ini dijangka menyaksikan keputusan sama ada berlaku penyingkiran atau sebaliknya kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Memetik sumber daripada Sinar harian, khabar angin tersebut mula berlaku semenjak rombakan Kabinet pada 29 Julai lalu menyaksikan pelucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Turut tersebar khabar angin yang mendakwa bahawa enam pemimpin tertinggi Umno bakal disingkirkan.

Selain Muhyiddin dan Mohd Shafie, turut tersenarai dalam pemecatan itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.

Sekitar jam 2.40 petang tadi kelihatan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin tiba di Menara Datuk Onn.
dan diikuti pula oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tiba sekitar jam 2.45 petang.

Manakala pada pukul ?2.48 petang kelihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir turut menghadiri mesyuarat MT Umno di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Biarpun apa sahaja bentuk dakwaan khabar angin dan keputusan mengenai nasib pemimpin tersebut dalam Umno hanya akan diketahui pada sidang media selepas selesai mesyuarat MT Umno, dijangka petang ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");