Panasnya Hari Ini

NGO Desak SPRM Siasat Sumber Kekayaan Anak Tun Mahathir

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber kekayaan anak-anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu menggesa agar SPRM menyiasat dua anak Tun Mahathir iaitu Datuk Mirzan dan Tan Sri Mokhzani.

Timbalan Presiden PPBNM, Dr Lee Nan Sang berkata, gesaan itu dibuat berikutan terdapat sesuatu yang mencurigakan berhubung kekayaan mereka yang didakwa diperolehi sewaktu Tun Mahathir menerajui negara sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Tambahnya lagi, turut mencurigakan adalah sumber modal yang diperolehi oleh Mokzani dan Mirzan sewaktu mahu memulakan perniagaan mereka.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Lee berkata, beliau tidak mempunyai sebarang dokumen atau bukti.

“Saya tidak membawa sebarang dokumen atau bukti, tapi kamu (wartawan) boleh mencarinya di ‘Google’,”katanya.

Tambahnya lagi, beliau turut mempersoalkan bagaimana kedua-dua tokoh tersebut dapat mengumpul modal dalam jangka masa yang pendek bagi menjalankan perniagaan yang memerlukan berbillion ringgit untuk memulakannya.

“Adakah ia dilakukan ketika Dr Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri?” soalnya.

Dalam masa yang sama, Lee turut mendesak agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak berdiam diri mengenai perkara tersebut.

Beliau menggesa agar satu siasatan dijalankan untuk menyiasat dan mencari kebenaran jika Tun Mahathir pernah mengarahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberikan kontrak perniagaan kepada anak-anaknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");