Jenayah

Nombor telefon dalam web lucah

KUALA TERENGGANU – Panggilan serta kiriman WhatsApp berbaur lucah yang terlalu banyak diterima pada pagi Rabu lalu yang menimbulkan tanda tanya kepada seorang usahawan dalam talian, akhirnya terbongkar apabila dia menemui nombor telefonnya berada di dalam sebuah laman web lucah.

Terkejut dengan keadaan itu, Wan Nurul Akma Wan Zaidi, 25, membuat laporan polis pada hari sama untuk keselamatan dirinya.

Nurul atau lebih dikenali sebagai Yuyu berkata, dia mendapati nombor telefonnya berada di dalam laman berkenaan setelah diberitahu sendiri oleh seorang individu yang cuba untuk ‘bermesra’ dengannya.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu mereka memperoleh nombor telefon saya di dalam laman web lucah, sedangkan sebelum ini saya tidak pernah tahu pun laman berkenaan. Mengesyaki perkara ini dilakukan oleh pihak lain, saya terus melaporkannya kepada pihak polis.

“Saya tak sangka ada orang sanggup buat saya macam ini, mungkin mereka benci dengan kejayaan saya dalam perniagaan padahal saya hanya mahu mencari rezeki yang halal untuk bantu keluarga dengan menjual pakaian wanita serta produk kecantikan dan kesihatan secara online,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, di sini.

Menurut Yuyu, dia sering diganggu setelah nombor telefonnya tersebar dan amat tertekan sehingga menjejaskan perniagaannya.

Dalam pada itu, Yuyu berharap pihak berkuasa memantau laman web tempatan yang tidak sihat di negara ini bagi mengelak perkara sama berlaku kepada orang lain.

“Saya juga serik untuk memberikan kad nama sewenang-wenangnya kepada orang yang tidak dikenali kerana tidak tahu apa niat mereka,” jelasnya yang agak berhati-hati ketika berurus niaga secara dalam talian.

Yuyu turut menasihati peniaga lain supaya tidak terlalu cepat mempercayai orang lain dalam apa jua situasi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");