Sukan Hari Ini

Norizman gegar Litar Buriram

PELUMBA cub prix negara, Norizman Ismail mempamerkan tunggangan cemerlang apabila muncul juara perlumbaan kedua Kategori Underbone 130cc pada Pusingan Keempat Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.

Pelumba Y-TEQ SCK Honda Racing itu menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit 37.225 saat untuk menewaskan pemenang perlumbaan pertama, Gupita Kresna Wardhana dari Indonesia yang mewakili pasukan Manual Tech KYT Rextor, yang ketinggalan 0.188 saat di belakang.

Rakan senegara Gupita, Ferlando Herdian yang mewakili BKMS Indonesia Racing Team sekadar meraih kedudukan ketiga selepas mencatat masa 17’37.561 saat.

Kemenangan itu, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Norizman yang kekal menghuni tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 118 mata, hanya dibezakan 33 mata di belakang Gupita yang mengumpul 151 mata manakala Ferlando pada tangga ketiga dengan kutipan 107 mata.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");