Panasnya Hari Ini

Nurul Izzah Minta Bantuan Amerika Bebaskan Bapanya

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar yang mengunjungi Amerika Syarikat baru-baru ini menggesa supaya Negara itu memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia, terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membebaskan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR berkata, Amerika Syarikat wajar menuntut supaya Anwar dibebaskan sebagai tahanan politik, atau sekurang-kurangnya bapanya dibenarkan menjalani pembedahan.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Izzah berkata demikian ketika ditemubual oleh salah satu media di Washington.

Terdahulu, Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula Februari lalu atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Izzah turut berkata, ianya adalah amat penting untuk memastikan Najib tidak menggunakan lawatan yang akan diadakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada persidangan Asia-Pasifik demi kepentingan politiknya semata-mata.

Sementara itu, Izzah turut berkata bahawa tiada asas untuk polis Malaysia menyiasat dirinya berhubung terdapat dakwaan bahawa beliau terlibat untuk membeli maklumat yang dicuri berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Dakwaan itu sekadar usaha untuk mencemarkan nama dan kepercayaan terhadap saya seterusnya menutup fakta bahawa AS$700 juta ke poket Najib manakala AS$650 juta dikeluarkan dan sehingga kini tidak diketahui apa terjadi kepada wang itu,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");