Membawang Hari Ini

Oh My Goat Come Baaack!!!

SITKOM Oh My English sememangnya satu siri televisyen hiburan berbentuk pendidikan sekolah yang mempunyai keunikan tersendiri.

Bakal kembali dengan siri khas, Oh My Goat – Come Back!!!, program terbitan Red Comunication ini pastinya dinanti-nantikan ramai peminat.

Pengarah Urusannya Lina Tan berkata, telemovie ini mengekalkan pelakon Zain Saidin dan Tiz Zaqyah dengan watak sama manakala penampilan pelakon lain seperti Roax Tan sebagai See Yew Soon, Sherry Al Hadad aebagai Cikgu Bedah, Nadiya Nisaa sebagai Jojie, Juzzthin sebagai Zack, Juliana Evans sebagai Taylor Marie Smith dan ramai lagi.

“Gandingan pelakon baharu dan lama dalam Oh My Goat diharap dapat menarik perhatian penonton dan kami percaya karakter serta watak-watak dalam Oh My English itu sendiri akan menguatkan cerita ini. Sekaligus menggeletek hati penonton,” katanya.

Telemovie khas ini merupakan telemovie yang keempat selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America dan Oh My English: Villa Isabellaaa!

Penampilan Jihan, Abam

Dalam pada itu, Lina berkata, telemovie yang akan bersiaran pada 5 September di saluran Astro Prima (105) ini mendapat sentuhan Pengarah, Syamyl Othman dan Umi Omar, manakala skrip oleh Adib Zaini.

“Oh My English sememangnya satu bentuk rancangan ilmiah yang bermanfaat kepada penonton. Rentetan daripada itulah munculnya telemovie yang mengekalkan watak serta karakter lama dalam Oh My English kepada Oh My Goat – Come Back!!!

“Menariknya, siri ini turut menampilkan pelakon komedi popular, Jihan Muse sebagai Cik Kam Ambing dan Abam Bocey sebagai pemangku penghulu Kampung Dalam Ayer,” katanya.

Oh My Goat mengisahkan Mr Middleton yang ditugaskan ke SK Dalam Ayer, sebuah sekolah pedalaman. Beliau tinggal bersendirian di sebuah kawasan terpencil yang hanya mempunyai keperluan asas.

Keadaan bertambah buruk apabila Mr Middleton terpaksa bersusah-payah untuk memenangi hati pelajar baharunya iaitu sekumpulan budak nakal. Di situ, beliau ditemani seekor kambing liar, Cik Kam Ambing, yang sentiasa ada berdekatan rumahnya.

Sementara itu, hubungan Encik Ariff (Nazrief Nazri) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) bertambah rapat. Untuk menghalang hubungan hubungan mereka dari mekar, bekas pelajar Mr Middleton membuat keputusan untuk membuat lawatan mengejut.

Kemunculan Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin), Taylor Marie Smith (Juliana Evans) dan See You Soon (Roax Tan) di Kampung Dalam Ayer meninggalkan Mr Middleton dalam dilema – adakah dia patut terus tinggal di Kampung Dalam Ayer atau pulang ke SMK Ayer Dalam?

Telemovie ini juga akan bintang Jasmin Hamid sebagai ibu Encik Ariff.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");