Sukan Hari Ini

‘Olimpik makin jauh’

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara Chong Wei Feng sedar semakin sukar untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Rio tahun depan.

Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun itu tetap tidak berputus asa untuk mencapai sasaran peribadinya itu selepas namanya diketepikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Kejohanan Dunia lalu, meskipun layak secara merit.

“Saya tahu ketika ini agak sukar untuk layak ke Sukan Olimpik. Tapi peluang itu tetap ada.

“Saya tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif kira-kira sebulan dan hanya akan memulakan aksi di Grand Prix Emas Terbuka Thailand minggu depan.

“Harap bermula dari kejohanan itu, saya terus dapat mempamer prestasi baik,” katanya.

Ketika ini, Wei Feng yang bergelut dengan aksi konsisten perlu bersaing dengan jaguh negara Datuk Lee Chong Wei serta pemain persendirian Zulfadli Zulkiffli untuk merebut tempat Sukan Olimpik.

Dia kini menduduki ranking ke-33 di belakang Chong Wei (24) tetapi mengatasi Zulfadli (39).

Hanya dua pemain perseorangan bagi satu-satu negara dibenarkan beraksi di Sukan Olimpik sekiranya kedua-dua pemain itu berada dalam ranking 16 terbaik.

Jika di luar dari ranking itu, maka hanya seorang saja yang layak untuk beraksi di Sukan Olimpik.

Pada Terbuka Thailand, Wei Feng berdepan tugas sukar apabila bakal bertemu pemain Indonesia Simon Santoso pada perlawanan pembukaan.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");