Jenayah

Ops Mahir: 19 Pati ditahan di kilang besi

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 pendatang asing tanpa izin (Pati) pelbagai warganegara dan seorang lelaki warga tempatan dalam ‘Ops Mahir’ di sebuah kilang besi di Kawasan Perusahaan Kuala Ketil, Baling, petang semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata dalam operasi pada 4.10 petang yang disertai 31 pegawai Imigresen itu telah menjalankan pemeriksaan terhadap 31 Pati pelbagai warganegara dan rakyat tempatan.

Hasilnya, 19 Pati terdiri daripada enam lelaki Thailand, enam lelaki Myanmar, empat lelaki Indonesia, dua lelaki Nepal dan seorang lelaki Bangladesh, serta seorang lelaki tempatan ditahan, katanya.

Pati terbabit ditahan kerana bekerja secara haram di kilang berkenaan walaupun memiliki dokumen perjalanan sah dan ditahan mengikut Peraturan 39(b)
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki warga tempatan berumur 63 tahun itu pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi Pati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Yusri berkata kesemua Pati kini ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan lanjut
sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");