Sukan Hari Ini

Pahang tak perlekeh cabaran Kumpulan D

Kuantan: Barisan pemain Pahang tidak memandang mudah aksi peringkat Kumpulan D biarpun ramai menganggap skuad kendalian Zainal Abidin Hassan tidak berdepan masalah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia.

Namun, skuad Tok Gajah tidak harus terlalu yakin kerana jika tersilap langkah, mereka bakal tersingkir lebih awal jika gagal beraksi cemerlang seperti dipersembahkan pada dua edisi 2013 dan 2014.

Kebangkitan PDRM dan kejayaan Pulau Pinang layak ke Liga Super musim depan perlu diberi perhatian termasuk PKNS FC yang mampu memberi cabaran besar kepada pemain Pahang.

Bagi pemain tengah, Mohd Fauzi Roslan (gambar, kiri) prestasi lebih bertenaga akan dipersembahkan skuad itu selepas terlepas mengucup Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Katanya, kegagalan itu tidak mematahkan semangat dia bersama rakan sepasukan untuk bangkit terutama memastikan sasaran awal layak ke suku akhir piala berprestij itu.

“Sebagai juara bertahan, sudah pasti kami akan memastikan piala ini kekal di Pahang dan cabaran getir yang bakal dihadapi diharap dapat disempurnakan dengan keputusan membanggakan.

“Saya juga percaya kami tidak akan mempersia-siakan perlawanan pertama bertemu PDRM di Stadium Darul Makmur untuk memastikan tiga mata berharga diraih,” katanya.

Sementara itu, pertahanan berpengalaman, Mohd Shahrizan Salleh berkata, kejayaan menjulang piala berprestij itu dua kali berturut-turut memberi motivasi terbaik untuk melakukannya sekali lagi.

Katanya, tiada yang mustahil hasil berkat usaha gigih semua pemain terutama bimbingan jurulatih untuk memastikan gelaran itu terus kekal bersama skuad Tok Gajah.

“Saya harap misi mempertahankan piala ini akan menjadi kenyataan dan akan memastikan setiap perlawanan berakhir dengan kemenangan,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");