Panasnya Hari Ini

PAS Akui Wujud Masalah Dalaman, Tetap Pertahankan Dasar Parti

KUALA LUMPUR: PAS akan tetap mempertahankan dasar perjuangannya meskipun berhadapan dengan masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya permasalahan dalaman bagi parti itu dan menyifatkan semua parti turut menghadapi masalah yang sama termasuklah UMNO.

“Kita mengaku PAS juga bercakar dalam parti, UMNO pun bercakar, semua bercakar sama ada parti antara kaum atau sesama kaum, semuanya tidak menggunakan sifat kemanusiaan yang sebenar.

“Maka, kami mahu memperkenalkan acuan Islam sebenar selepas melihat kegagalan ideology manusia yang tidak dapat menyelesaikan masalah, malah mengancam keselamatan dan keamanan negara,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Abdul Hadi ketika berucap di majlis perasmian Kongres Rakyat di Shah ALam, hari ini turut menyindir beberapa pihak tertentu dengan memberi gelaran ‘babi’.

“Kongress ini diadakan untuk saling mendidik dan tukar fikiran. Walaupun kita golongan lemah, kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” sindirnya.

Tambahnya lagi, antara yang perlu diutamakan adalah kekuatan dan kesatuan parti sebelum impian untuk menjadi pemerintah pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang dapat dicapai.

Jelasnya, tiada gunanya sekiranya PAS dapat menawan Putrajaya jika wujud perpecahan yang berlaku di dalam parti.

“Wawasan kita adalah wawasan kembali kepada Allah. Kita diajar oleh Islam, bukan sekadar ke Putrajaya. Lepas Putrajaya kita mati, bertemu dengan Allah, menzahirkan dan diiktiraf, berbuatlah baik dan fikirlah baik-baik,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");