Panasnya Hari Ini

PAS Dipelawa Sertai PR 2.0

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat PKR secara terbuka memberi ruang kepda PAS sekiranya ingin kembali menyertai gabungan tersebut iaitu Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri ‘PJ Half Marathon’ hari ini.

Ujar Azmin lagi, PAS masih boleh kembali dengan syarat ia terus komited dengan agenda bersama parti lain dalam pembangkang.

“Seperti yang diputuskan oleh PKR dan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa PKR akan bekerjasama dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama untuk membawa perubahan dalam negara.

“Musuh kita hanyalah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini sudah ditegaskan berulang kali,” katanya.

Terdahulu, ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan turut menyatakan kesudiaan bagi meneruskan kerjasama politiknya dengan PAS, dan bebas bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai mempunyai matlamat untuk menjatuhkan kerajaan zalim.

“Kita bekerja dengan semua orang. Kita nak jatuhkan kerajaan zalim yang membuatkan ekonomi jadi begini dan mahu tatakelola yang baik.

“Sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mahu bersama kita, kita alu-alukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");