Panasnya Hari Ini

PAS Komited Menentang UMNO Walaupun Tidak Bersama Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: PAS akan terus memberikan tumpuan untuk menentang kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, meskipun tidak menyertai gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan, PAS akan tetap memberi tumpuan sepenuhnya dalam misi menentang UMNO.

“Selaras dengan resolusi Kongres Rakyat yang didukung oleh 200 badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik, PAS komited menentang ketidakadilan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin BN,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Katanya lagi, PAS menghormati mana-mana parti politik yang merangka agendanya yang tersendiri, tetapi parti Islam itu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

“PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri.

“Walaubagaimanapun, PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini,”jelasnya.

Terdahulu, PAS menolak ‘jemputan’ yang dilakukan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahukan PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu.

Bagaimanapun, PAS telah menolak ‘jemputan’ tersebut dan tidak menghadiri persidangan meja bulat parti pembangkang semalam

PAS bagaimanapun masih mahu menjalinkan kerjasama politik dengan PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");