Isu Panas

Pas sedia bekerjasama siapa sahaja

TEMERLOH – Pas Pahang bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka tidak menolak perjuangan dan dasar Pas.

Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar, berkata, Pas Pahang seiring dengan Pas Pusat samada mahu bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau tidak.

“Setakat ini Pas Pusat tidak keluarkan kenyataan rasmi lagi mengenai perkara ini, sehingga kini kita masih bersama PKR Cuma kita putus hubungan dengan DAP.

“Kita bersedia untuk bekerjasama dengan dengan sesiapa sahaja asalkan mereka tidak menolak perjuangan dan dasar Pas,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas Pahang di sini semalam.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan borang keahlian daripada bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Sekara Mohd Zamri Mohd Sham di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu, Bendahari Pas Pahang Musanif Abdul Rahman, Yang Dipertua Pas Temerloh Md Jusoh Darus.

Mohd Zamri berkata, keputusan menyertai Pas dibuat atas kerelaan sendiri dan tiada desakan daripada mana-mana pihak selepas beliau meneliti tiga perlembagaan parti Umno, PKR dan Pas.

“Saya memilih Pas kerana asas perjuangannya adalah memperjuangkan Islam, dan kelebihan Pas berbanding parti lain, ia konsisten sejak ditubuhkan pada 1951.

“Dalam berhadapan isu-isu semasa kepimpinan, Pas tegas mempertahankan hala tuju perjuangan baik apa yang berlaku sebelum atau selepas muktamar.

“Selama ini, 16 tahun sebagai ketua cawangan Umno saya memang hormat kepada Pas, gerak kerja Pas dalam pilihan raya sangat kagumi. Juster saya berasakan Pas ada kelainan berbanding parti lain,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");