Isu Panas

Pas tak kacau daun, ‘gentleman’lah DAP

GEORGETOWN: DAP perlu bersikap ‘gentleman’ dan menghormati hasrat Pas untuk meletakkan calon pada kerusi yang ditandingi DAP pada PRU14.

Pesuruhajaya Pas Pulau Pinang, Mohammad Fauzi Yusoff berkata, ia sentiasa dalam keadaan bersedia dan kajian akan dibuat untuk meletakkan calon yang sesuai termasuk di kawasan DAP.

Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu riuh sebaliknya bersikap profesional dan gentleman dengan strategi Pas kali ini.

“Tidak ada isu kacau daun dalam cadangan ini kerana kami perlu bangkit dengan strategi baharu setelah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Pas kini mempunyai strategi sendiri. Tidak ada isu kacau daun kerana selama ini pun DAP melakukan perkara sama. Guan Eng seringkali melancarkan provokasi terhadap Pas dengan mempromosikan parti untuk Harapan Baru,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Guan Eng menempelak Pas dengan menyifatkan hasrat itu seolah-olah menjadikan DAP musuh utama dan bukannya BN atau Umno.

Ia juga disifatkan sebagai kacau daun dan mahu memberi kelebihan kepada BN kerana menjadikan DAP sebagai musuh.

Mohammad Fauzi berkata, jika selama ini Guan Eng boleh memecahbelahkan kekuatan Pas, maka beliau juga kena bersedia dengan strategi Pas.

“Jangan ingat dia saja boleh buat, kita pun boleh. Gentleman lah, mana boleh dia saja buat serangan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Pas lawan DAP dalam PRU14 sudah dijangka]

Mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan tindakan Pas ingin bertanding di kawasan milik DAP sebagai memberi kelebihan kepada BN dan Umno, beliau berkata, Guan Eng juga melakukan perkara sama apabila tidak putus-putus menyerang Pas.

“Dia tidak sedar, dengan kritikan dan provokasinya terhadap Pas, ia juga memberi kelebihan kepada BN dan Umno. Jadi apa bezanya dengan Pas? Bezanya cara sahaja. Dia kena sedar diri, jangan hanya pandai nampak salah orang lain.

“Dia buat rundingan dengan BN dalam beberapa projek di negeri ini antaranya Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, kenapa tidak kecoh? Strategi Pas tidak ada kena mengena dengan parti lain termasuk BN dan Umno,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu sedang meneliti cadangan meletakkan calon di kawasan DAP.

?Pas bercadang untuk meletakkan calon bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas untuk kerusi berkenaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");