Panasnya Hari Ini

PAS Tempelak Khalid Samad

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini telah menempelak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dengan menyatakan bahawa Ahli Parlimen itu tidak mempunyai hak untuk memberi pandangan.

Takiyuddin berkata, PAS tidak memerlukan pandangan daripada Khalid berhubung cadangan dan pelawaan untuk membentuk parti gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

Ujarnya, ia berikutan Khalid tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi dalam Gabungan Harapan Baru (GHB).

“Siapa dia untuk minta Presiden berubah? Apa jawatan dia dalam GHB?” soalnya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Sebelum ini, Khalid telah menyatakan bahawa GHB boleh menerima PAS dalam PR 2.0, tetapi bersyarat.

Antara syaratnya adalah meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengubah sikapnya yang sering membelakangkan keputusan pakatan seperti perkara berkaitan dengan hudud.

Khalid antara lain turut menjelaskan bahawa, sekiranya Abdul Hadi masih dengan sikapnya itu, tidak mustahil sejarah dalam PR sebelum ini akan berulang dalam PR 2.0.

Takiyuddin turut berkata, walaupun ada rundingan dan perbincangan diadakan antara PAS dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, namun perbincangan berkaitan untuk bergabung dalam PR2.0 masih belum diadakan.

“Kita anggap Pakatan 2.0 itu adalah kerjasama baharu diantara DAP, GHB dan PKR yang memerlukan PAS.

“Kita akan bincangkan kata putus hala tuju kerjasama ini kerana PAS mempunyai agenda sendiri yang menjadi terma rujukan kita jika dipanggil berbincang,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");