JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret, di sini, semalam menetapkan perintah tahanan reman selama tiga hari kepada peguam, Kamal Hisham Ja’afar, 45, bermula semalam.
Perintah berkenaan dikeluarkan Majistret Khas Trafik dan Saman Jabatan Mahkamah Majistret Johor Bahru, Tan Chai Wei bagi membantu siasatan kes membabitkan Akta Rahsia Rasmi 1972.
Kamal Hisham yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam tiba di mahkamah kira-kira jam 3 petang.
Beliau kemudiannya sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah pada jam 4.30 petang dengan ditemani peguamnya Mohd Asram Zakaria, Hazza Khalid serta ahli keluarga.
Kelmarin, Kamal Hisham dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan syarikat Southern Ads Sdn Bhd (Southern Ads) berjumlah RM216,000, pada tahun 2010.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
-Sinar Harian