Panasnya Hari Ini

Pembangkang Perlu 40 Ahli Parlimen BN Sokong Undi Tidak Percaya

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata parti pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen BN untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.

Memetik sumber daripada Sinar harian, beliau berkata demikian selepas menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Impian Kedah Perlis dengan kerjasama St John Ambulans Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Surau Kampung Kedah, Guar Kepayang di sini, semalam.

Tambahnya lagi, jumlah itu merupakan jumlah majoriti mudah untuk membolehkan usul berkenaan diterima.

“Jumlah keseluruhan ahli parlimen adalah 222 orang dan jika semua ahli parlimen berada dalam dewan, bermakna majoriti mudah yang perlu ialah sebanyak 112 undi,” katanya.

“Jika perlu 112, maka kita mungkin memerlukan sekurang-kuangnya 40 sokongan dari ahli parlimen BN,” katanya

jelasnya lagi, 40 undi berkemungkinan boleh diperolehi daripada 20 ahli parlimen Umno dan 20 lagi ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak.

“Kita akan berbincang dahulu dengan semua wakil rakyat berkenaan untuk mendapat majoriti mudah dalam usul ini. Dalam satu pengundian kita hanya memerlukan majoriti mudah iaitu bergantung kepada jumlah wakil rakyat dalam Parlimen yang hadir.

“Sekiranya hanya 80 ahli parlimen yang hadir, maka ia sudah memadai untuk membolehkan kita mengusul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");