Sukan Hari Ini

Pemindahan De Gea: Presiden Real Madrid Salahkan Man United

PERMUSUHAN antara Real Madrid dengan Manchester United berikutan kegagalan pemindahan David de Gea semakin tegang apabila presiden kelab Sepanyol itu menyalahkan Ketua Eksekutif United, Ed Woodward.

Bercakap kepada saluran radio Sepanyol, Florentino Perez berkata,” apa yang saya fikir mereka tidak mempunyai pengalaman.

“Ia pernah berlaku tahun lalu terhadap Fabio Coentrao, ia sama sekali. Ia berlaku lagi terhadap Ander Herrera dan Athletic Bilbao. Mereka adalah pasukan baru yang tiada pengalaman.

“Kami pula pernah terlepas beberapa pemain sebelum ini, Franck Ribery dan Patrick Vieira sebagai contoh, tetapi apa yang mengejutkan kami terdapat pihak yang ingin lakukan pemindahan dan ia berlaku 12 jam sebelum tempoh sebenar ditutup.

“Ia akan menjadi pengalaman baru kepada individu yang bertanggungjawab. Kami pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini, dengan Peter Kenyon, David Gil serta Alex Ferguson.

“Kami masih mempunyai hubungan yang baik dengan Manchester United tetapi kali ini sama seperti apa yang pernah berlaku terhadap Coentrao dan Herrera. Kami harap mereka akan belajar dengan pengalaman lalu.”-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");