Isu Panas

Pemuda MCA Pasir Gudang perlu keluar BN

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpendapat Pemuda MCA Pasir Gudang perlu keluar dari parti itu setelah memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang itu melanggar keputusan MCA pusat yang tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri itu.

?“Jika mereka memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, kenalah keluar parti kerana keputusan mereka itu melanggar keputusan penuh pimpinan MCA yang terus menyokong.

?“Jika Pemuda MCA (Pasir Gudang) ini tidak setuju (dengan Najib), (mereka ) tak boleh duduk dalam parti lagi,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, media melaporkan, Pemuda MCA Pasir Gudang melalui ketuanya, Chia Chow Hui memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN susulan sokongan perdana menteri itu terhadap himpunan baju merah yang berlangsung pada 16 September lalu.?

Malah Chow Hui menegaskan bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokongnya dalam apa cara sekalipun.

?Menurutnya, himpunan baju merah yang berlangsung di ibu kota itu merosakkan keharmonian kaum dan beliau tidak bersetuju dengan Najib yang menyifatkannya sebagai perhimpunan aman.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin berkata, kesan tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang itu kepada parti sangat minima kerana ia hanya melibatkan satu bahagian.

“(Kesannya) sangat minimum sebab melibatkan sebahagian kecil dari MCA sahaja dan yang ikut mereka (Pemuda MCA Pasir Gudang) pun tidak ramai.

“Melainkan jika ada pimpinan tertinggi MCA yang membuat pengumuman seperti itu, mungkin ia akan beri kesan lebih besar kepada BN,” katanya.-politik

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");