Panasnya Hari Ini

Penahanan Khairuddin Satu Kesalahan Guna Kuasa Oleh Putrajaya – Ambiga

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Peguam Negara, Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan merupakan satu kesalahan guna kuasa oleh Putrajaya.

Ambiga berkata, disebabkan tindakan itu, Malaysia pada hari ini telah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Ambiga turut mempersoalkan apakah kesalahan yang dilakukan oleh Khairuddin yang memberi ancaman pihak kerajaan.

“Saya terkejut dia ditahan reman selama enam hari. Reman tidak sepatutnya menjadi satu hukuman. Pada fikiran saya, ia satu penyalahgunaan, menahannya selama enam hari.

“Mengapa? Adakah kerana dia pergi ke luar Negara mengemukakan beberapa dokumen kepada agensi asing? Mengapa takut sangat?” soalnya.

Terdahulu, Khairuddin telah ditahan reman selama enam hari yang berakhir pada Khamis ini dan beliau akan disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau ditahan sebelum berlepas ke Amerika Syarikat pada pagi Jumaat bersama peguamnya, Mathias Chang tetapi dihalang oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ambiga dengan tegas meminta supaya penyalahgunaan peruntukan mesti dihentikan kerana ianya akan memusnahkan reputasi Negara.

“Mereka menyamakan Perdana Menteri dengan demokrasi berparlimen. Maaf, tetapi itu bukan takrif demokrasi berparlimen.

“Ia juga sama sekali satu penyalahgunaan peruntukan dan penyalahgunaan itu mesti dihentikan.

“Imej kita sangat buruk di luar Negara. Negara ini jadi bahan ketawa,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");